PENGENALAN

Suntory Beverage & Food Malaysia Sdn. Bhd. (SBFM) mula ditubuhkan pada tahun 2014, sebagai sebahagian daripada kumpulan syarikat Suntory Beverage & Food Limited (SBF), sebuah syarikat makanan dan minuman antarabangsa dengan lima pasaran utama: Jepun, Eropah, Asia, Oceania dan Amerika.

Water

JENAMA UTAMA KAMI

RIBENA
Ribena

RIBENA

Ribena merupakan sebuah jenama jus buah-buahan terkenal yang digemari ramai sejak pertama kali dilancarkan pada tahun 1938 di UK. Jenama ini sangat terkenal di kalangan rakyat Malaysia dan merupakan minuman kegemaran zaman kanak-kanak mereka. Perisa anggur hitam atau blackcurrent ialah pilihan paling popular yang kaya dengan Vitamin C. Ribena kini boleh didapati dalam bentuk kordial dan bungkusan sedia diminum.

C.C. Lemon
CC Lemon

C.C. Lemon

C.C. Lemon ialah minuman berkarbonat ringan berperisa lemon dengan kandungan Vitamin C yang tinggi dan  rasa yang menyegarkan. C.C. Lemon adalah pilihan minuman ringan yang unik dan boleh diminum pada bila-bila masa.

Misi kami iaitu “Untuk Mencipta Harmoni bersama Manusia dan Alam Semulajadi” merupakan sebab utama kewujudan kami dalam membimbing serta memberi inspirasi kepada seluruh organisasi.

Nilai Kami

YATTE MINAHARE

“Yatte Minahare” merupakan daya penggerak kepada operasi perniagaan kami dan terkenal di SBFM sejak hari pertama. Semangat inilah yang mendorong kami untuk mencipta pasaran dan nilai baru.

YATTE MINAHARE
Giving Back to SocietyWater

Nilai Kami

MEMBERI KEMBALI KEPADA MASYARAKAT

Walaupun kita selalu menginginkan kejayaan, kita menyedari betapa pentingnya dunia di sekeliling kita. Kami menjadikannya misi seumur hidup kita untuk memberikan kembali kepada masyarakat.

Giving Back to Society

BINA KERJAYA ANDA DENGAN KAMI!

Suntory Beverage & Food Malaysia adalah komited dalam menyediakan peluang buat pekerja untuk terus berkembang. Sertai peneraju kejayaan Suntory hari ini.