Jenama Kami

Suntory Beverage & Food memiliki beberapa jenama minuman yang sangat terkenal dan digemari oleh semua rakyat di Malaysia serta seluruh dunia. Jenama minuman kami, Ribena dan Good Mood juga mematuhi piawaian Halal yang ditetapkan oleh JAKIM.

Malaysia

Ribena

Ribena ialah jenama air blackcurrant paling terkenal di Malaysia dan beberapa bahagian lain di dunia. Kaya dengan Vitamin C, minuman ini juga digemari ramai kerana rasa blackcurrant yang premium dan menyegarkan. Ribena boleh didapati dalam perisa Original Blackcurrant dan Blackcurrant+Strawberry dalam variasi kordial dan bungkusan sedia diminum.

Good Mood

Good Mood ialah jenama air putih berperisa dengan rasa kesegaran yang unik, memberikan anda pengalaman baru dalam air minuman. Minuman ini boleh didapati dalam dua perisa yang ringan dan enak iaitu Madu Lemon dan Blackcurrant. Good Mood diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sebagai Pilihan Lebih Sihat berbanding jenama minuman ringan yang lain kerana kandungannya yang tidak mempunyai pengawet dan pemanis tiruan.