
C.C. LEMON
Minuman Berkarbonat Ringan Berperisa Lemon.
Mengandungi Vitamin C yang tinggi & Rasa yang Menyegarkan
Dilancarkan pada tahun 1994 di Jepun, CC Lemon merupakan minuman berkarbonat ringan berperisa lemon yang terkenal dengan kandungan Vitamin C yang tinggi, dan dinobatkan sebagai minuman No.1 di Jepun selama lebih 20 tahun. Di Jepun, pada tahun 90-an, pengguna mula menunjukkan minat terhadap minuman harian yang mengandungi Vitamin C. Menyedari potensi itu, Suntory mencipta bukan sahaja minuman yang kaya dengan Vitamin C, malah ianya sangat sedap dan menyegarkan.
C.C. Lemon mengandungi jus lemon sebenar yang sangat digemari kerana rasanya yang menyegarkan. Rasanya yang sedap dan menyegarkan itu, membuatkan CC Lemon juga menjadi pilihan penggemar minuman ringan tanpa gas. CC Lemon dihasilkan tanpa bahan pengawet, diperkaya dengan Vitamin C, selain mengandungi kandungan gas bikarbonat yang sangat ringan. Faktor ini menjadikan CC Lemon pilihan minuman ringan yang unik, menyegarkan dan boleh diminum pada bila-bila masa.
*Sumber : Intage SRI, data Tempat Jualan Runcit berdasarkan Kategori minuman Lemon Berkarbonat sedia diminum, Seisi Jepun, nilai dan isipadu jualan di pasaraya, kedai serbaneka, kedai farmasi dan ubat-ubatan; bagi tempoh dari Januari 2014 hingga Disember 2019.
C.C. Lemon
Minuman berkarbonat ringan berperisa lemon dengan kandungan Vitamin C yang tinggi dan rasa yang menyegarkan.
C.C. Lemon 4s
Minuman berkarbonat ringan berperisa lemon dengan kandungan Vitamin C yang tinggi dan rasa yang menyegarkan.