Ribena

RIBENA – Blackcurrant

Air Ribena ialah minuman jus buah-buahan yang menjadi kegemaran di UK dan disukai oleh semua generasi pengguna sejak pertama kali dihasilkan pada tahun 1938. Jenama Ribena juga sudah sinonim dengan air blackcurrant di Malaysia kerana mempunyai rasa yang tersendiri. Nama Ribena berasal dari perkataan Latin untuk blackcurrant, ‘Ribes Nigrum’. Sebelum menjadi jus buah kegemaran ramai, minuman ini telah dikenali sebagai sumber Vitamin C untuk kanak-kanak.

Air Ribena mengandungi ekstrak blackcurrant yang berasal daripada New Zealand. Kelebihan ini menyumbang kepada kelazatan airnya, lantas menjadikan air Ribena sebagai pilihan utama di antara jus buah-buahan yang lain di Malaysia. Selain itu, air Ribena juga tidak mengandungi perisa tiruan, pewarna atau pemanis tiruan. Oleh sebab Ribena datang dalam pelbagai jenis perisa dan minuman yang lazat, pengguna dari semua peringkat umur boleh menikmati rasa buah yang hebat pada bila-bila masa.

Anda juga boleh mendapatkan air Ribena dalam bentuk sedia diminum, atau bancuh sendiri dengan menggunakan kordial Ribena. Bungkusan sedia diminum termasuk pek combi, cheerpack, botol PET, dan tin. Kordial Ribena pula datang dalam botol saiz sederhana hingga besar.

Air Ribena juga boleh dinikmati dalam pelbagai cara seperti aiskrim, smoothies, atau dengan buah-buahan. Cubalah hari ini!

Ribena Blackcurrant

Perisa asli air blackcurrant yang digemari oleh semua generasi.

Ribena Blackcurrant Kurang Manis

Pilihan kurang gula tetapi masih mengekalkan perisa yang digemari ramai.

Ribena Blackcurrant dan Strawberry

Air blackcurrant Ribena dengan sedikit perisa strawberi.

Ribena Blackcurrant dan Glukosa

Sesuai untuk mereka yang memerlukan tenaga dengan segera.

Ribena Lightly Sparkling

Versi Air Ribena berkarbonat yang mampu menukar hari biasa anda menjadi luar biasa.

Ribena LIGHT

Sesuai untuk mereka yang suka menikmati 100% rasa air Ribena dengan 50% kurang gula.

Ribena Pastilles

Rasa hebat Ribena dalam bentuk gula-gula kenyal, padat dengan Vitamin C. Terdapat dalam perisa blackcurrant atau campuran beri.