WARGA KITA: ONE SUNTORY

Salah satu nilai korporat bagi kami “Suntorians” ialah “Yatte Minahare”, yang memberi maksud mendalam. Ianya bukan sekadar mencuba sesuatu yang baru tetapi juga sebagai aspirasi dalam mencapai impian dan objektif dengan semangat yang kental walaupun menghadapi kesukaran.

“Yatte Minahare” menekankan bahawa orang sekeliling menghargai semangat anda, memberi sokongan, bekerjasama sebagai satu pasukan dan mencipta nilai luar biasa yang tidak dapat dicapai dengan sendiri – ia mewakili semangat kami sebagai seorang Suntorian.

Budaya syarikat kami sangat menitikberatkan semangat “Yatte Minahare”, iaitu sentiasa terbuka untuk menghadapi cabaran baru.

Kami merupakan sebuah syarikat yang memiliki potensi yang besar.

Kami sentiasa mencari Suntorians baru yang tidak gentar dengan cabaran, berfikiran positif, bekerja dengan rasa gembira dan bersemangat, serta menghargai orang lain.

Adakah anda memiliki kelayakan yang diperlukan untuk membina masa hadapan bersama kami? Kami menantikan permohonan anda!