Suntory Beverage & Food Malaysia Sdn. Bhd. (SBFM) mula ditubuhkan sebagai sebahagian daripada kumpulan syarikat Suntory Beverage & Food Limited (SBF), sebuah syarikat minuman dan makanan antarabangsa dengan lima pasaran utama: Jepun, Eropah, Asia, Oceania dan Amerika.
Di SBFM, kami memiliki dua jenama minuman kegemaran rakyat Malaysia iaitu Ribena dan Good Mood yang dikilang berdasarkan garis panduan pengurusan kualiti SBFM yang ketat dan mematuhi piawaian Halal.
Jenama kami mencapai jutaan pengguna setiap tahun dan berjaya menceriakan rakyat Malaysia selama beberapa dekad. Kami akan terus menjadi syarikat yang “Growing for Good” dengan sentiasa memberi manfaat kepada komuniti dan membantu memperkayakan kehidupan mereka menerusi produk yang berkualiti dan inovatif.
PENGHARGAAN DAN PENGIKTIRAFAN
Disahkan Halal
Suntory Beverage & Food Malaysia berdedikasi untuk menyediakan minuman yang dijamin Halal bagi pengguna kami.
2016
Bronze
2017
Bronze
2018
Bronze
2019
Bronze
FALSAFAH KITA
Janji Kita
“Mizu To Ikiru” ialah janji Kumpulan Suntory Beverage & Food kepada pihak berkepentingan kita.
Perbaharui dunia seperti air
Sebagai syarikat yang menyampaikan rahmat air dan alam sekitar kepada pelanggan, kita akan melindungi dan mewariskan persekitaran semulajadi kepada generasi akan datang.
Puaskan orang ramai seperti air
Seperti mana air menghilangkan dahaga semua hidupan, begitu juga kita akan memperkaya kehidupan dengan menyampaikan produk, perkhidmatan dan aktiviti sosial yang bernilai kepada pelanggan dan masyarakat.
Bergerak bebas seperti air
Kita akan terus menjadi syarikat yang semua pekerjanya menyahut cabaran untuk mewujudkan nilai baharu, bergerak bebas serta berubah dan menyesuaikan diri seperti air.
Kita akan berusaha secara berterusan dalam aktiviti harian kita untuk memenuhi ketiga-tiga janji ini.
Misi Kita
Untuk Mewujudkan Keharmonian dengan Insan dan Alam Semula Jadi
Misi Kita ialah sebab asas untuk kewujudan Suntory, dan membimbing serta memberikan inspirasi kepada organisasi kita. Kita akan memberikan tumpuan kepada keperluan pelanggan dan pengguna kita. Kita amat menghormati alam semulajadi dan akan berusaha gigih untuk melindungi alam sekitar. Dengan menjalin ikatan penghargaan yang lebih padu antara insan dengan dunia di sekeliling mereka, kita akan berusaha untuk menggalakkan kehidupan yang lebih diperkaya dan lebih sempurna.
Visi Kita
Growing for Good
Visi Kita menggambarkan perkara yang ingin dicapai oleh Suntory.
Ini dikenakan kepada syarikat secara keseluruhannya, dan juga kepada setiap individu dalam syarikat. Apabila kitasemakin besar, semakin luaslah kesan positif kita. Kita akan berkembang menjadi sebuah syarikat yang sentiasa memberikan manfaat kepada komuniti. Dengan melakukan perkara yang baik untuk masyarakat dan alam sekitar, kita akan membantu membentuk masa depan yang lebih cemerlang dan lebih ceriah.
Nilai-nilai Kita
Yatte Minahare
Kita menyahut cabaran dengan penuh keazaman. Disatukan oleh dorongan untuk berjaya, kita bergerak bersama-sama untuk membentuk pasaran dan menghasilkan nilai yang baharu. Sejak awal lagi, Suntory merupakan perintis. Hari ini, kita memandang ke hadapan dengan berani dan penuh keyakinan.
Memberi Kembali Kepada Masyarakat
Apabila memberi kembali dengan murah hati kepada dunia, kita menunjukkan bahawa Suntory mengutamakan keseronokan dan tanggungjawab. Walaupun kita sentiasa menyasarkan kejayaan, kita mengiktirat kepentingan dunia di sekeliling kita. Kita komited dengan perhubungan yang berkekalan dan saling memberikan manfaat.
The Suntory Group Way
Ia mentakritkan bagaimana setiap seorang daripada kita perlu berhkir dan bertindak dalam kerja harian kita demi memastikan Kumpulan Suntory Beverage & Food disokong oleh pelanggan dan terus berkembang.
Kod Etika Perniagaan
Ia merupakan asas kita untuk membina kepercayaan dan mentakritkan pendirian pokok yang perlu dihargai oleh kita semua.