Polisi Privasi
Polisi Privasi ini menerangkan jenis maklumat yang boleh diakses atau dimuat semasa melayari Laman ini dan tujuannya kami menggunakan maklumat tersebut. Suntory Beverage & Food Malaysia Sdn. Bhd. dan syarikat-syarikat yang berkaitan atau cawangannya (“Suntory “) menghormati hak peribadi semua pelawat ke Laman ini. Suntory tidak akan menyimpan maklumat pengenalan peribadi anda kecuali maklumat yang dikemukakan itu adalah secara sukarela dengan penuh pengetahuan dan/atau kebenaran anda. Suntory boleh meminta maklumat khusus daripada anda seperti (tetapi tidak terhad kepada) nama, nombor pengenalan, alamat, jantina, alamat e-mel, nombor telefon dan umur (“Maklumat Peribadi”) untuk melengkapi borang pendaftaran/keahlian/pertandingan/pesanan Suntory. Semua maklumat yang dikumpul akan diproses mengikut Polisi Privasi ini. Dengan mengemukakan Maklumat Peribadi kepada Suntory, anda bersetuju untuk mengakuri terma-terma dalam Polisi Privasi ini.
Suntory akan menggunakan dan memproses Maklumat Peribadi anda untuk tujuan-tujuan berikut:
- Untuk memenuhi permintaan anda untuk mendapat maklumat;
- Untuk memenuhi permintaan anda untuk mendapat sesuatu produk dan/atau perkhidmatan;
- Untuk meningkatkan reka bentuk dan fungsi Laman;
- Untuk mencadangkan produk-produk yang dapat memenuhi keperluan am anda;
- Untuk menjalankan analisa bagi tujuan pemasaran dan penyelidikan;
- Untuk menjalankan analisa data Laman dan penggunaan agar Suntory lebih memahami keperluan dan/atau kepentingan anda demi menentukan corak dan trend umum;
- Untuk tujuan lain mengikut permintaan yang telah atau akan disetujui anda dari semasa ke semasa.
Suntory menghormati keperibadian anda dan tidak akan memindah, menjual, menyewa, berniagakan, atau mendedahkan Maklumat Peribadi anda untuk sebarang tujuan komersial atau keuntungan tanpa kebenaran anda, kecuali apabila Suntory mengupah pihak ketiga untuk tujuan-tujuan yang dinyatakan di atas, yang termasuk:
- memenuhi permintaan anda;
- menjalankan analisa untuk tujuan pemasaran dan penyelidikan;
- menjalankan analisa statistik agar Suntory lebih memahami keperluan dan/atau kepentingan anda demi menentukan corak dan trend umum;
- membekalkan bentuk perkhidmatan yang lain kepada anda.